PELAJARAN 1
أَقْسَامُ الْكَلِمَةُ
PEMBAHAGIAN PERKATAAN
Semua bahasa tersusun dari tiga komponen utama iaitu:
1. Satuan bunyi yang disebut "huruf" atau "abjad".
Contoh: م - س - ج - د
2. Susunan huruf yang mempunyai erti tertentu yang disebut "kalimat" atau "kata".
Contoh: مَسْجِدٌ (= masjid)
3. Rangkaian kata yang mengandung fikiran yang lengkap yang disebut "jumlah" atau "ayat".
Contoh:
أُصَلِّيْ فِي الْمَسْجِدِ(= saya solat di masjid)
Dalam tata bahasa Arab, "kalimat" atau "kata" dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:
1. ISIM ( اِسْم ) atau "kata nama". Contoh: مَسْجِد (= masjid)
2. FI'IL ( فِعْل ) atau "kata kerja". Contoh: أُصَلِّيْ (= saya solat)
3. HARF ( حَرْف ) atau "kata tugas". Contoh: فِيْ (= di, dalam, pada)
Penggunaan istilah Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Tugas dalam tata bahasa Melayu, tidak setepat penggunaan istilah Isim, Fi'il dan Harf dalam tata bahasa Arab. Namun bolehlah digunakan untuk sekadar mendekatkan pengertian.
Nama dan sifat Allah pada Nabi
3 years ago
1 Comment:
tahniah !!!! ada satu lagi pembaharuan dan penambahan dalam blog anta, ana suka ke laman blog anta kerana banyak maklumat yang dapat ana perolehi dengan hanya memasuki blog anta shj. macam-macam ada..
Post a Comment