Wednesday, September 17, 2008

AL-QURAN PENJANA UMAT CEMERLANG

Apabila kita menyebut bulan Ramadhan, ia sentiasa dikaitkan dengan peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu peristiwa nuzulul Quran. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِى أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْءَانَ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya: "(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah " .

Peristiwa ini disebut saban tahun apabila tiba bulan Ramadhan sebagai tanda membesarkan sejarah penurunannya, di samping bersyukur terhadap penurunan al-Quran yang merupakan sumber ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Kita perlu meletakkan keyakinan yang penuh bahawa realiti kehidupan manusia di dunia khususnya umat Islam tidak mampu berubah apa lagi mencapai pembangunan tamadun yang tinggi lagi hakiki tanpa bimbingan Al-Quran. Oleh itu, al-Quran merupakan petunjuk jalan hidup yang praktikal, progresif dan damai.

Melalui sejarah penurunannya yang berlaku ribuan tahun yang lalu kepada Nabi Muhamaad S.A.W. telah mencatatkan bahawa ia diturunkan pada malam 17 Ramadhan yang menampilkan ayat 1-5 dari Surah Al-‘Alaq (dinamakan juga Surah Iqra’) yang bermula dengan perkataan “ IQRA ’” sebagai pembuka wahyu.

Penurunannya telah mula membuka satu lembaran baru dalam era kehidupan dan ketamadunan manusia di alam ini khususnya di tanah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dari kehidupan yang serba mencabar emosi, wujudnya penindasan, penghambaan dan pengibadatan animisme yang mewarnai sosial budaya dan siasah tanah Arab pada waktu itu, berubah kepada suatu bi’ah kasih sayang, saling bekerjasama, tolong menolong serta bersama mendukung satu kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa. Ajaran dan tunjuk ajar Nabi Muhammad S.A.W. pada waktu itu menjadi suatu yang penting dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh umatnya dalam mencari kebaikan yang amat dinanti oleh mereka.

Justeru, mereka tidak melepaskan peluang yang ada, sebaliknya terus menerima al-Quran sebagai arah panduan hidup mereka dan berusaha membuat sesuatu dengan baik dan lebih baik dari yang sebelumnya. Mereka bersepakat atas satu matlamat, satu hasrat dan satu akidah. Mereka melaksanakan apa jua bantuan, pertolongan dan bimbingan dengan rasa ikhlas dan bertanggungjawab. Maka tidak hairanlah jika sahabat-sahabat Nabi S.A.W. dan umatnya bersifat sangat tekun dan sabar dalam mengerjakan sesuatu urusan sehingga mereka mencapai kejayaan demi kejayaan dalam apa jua lapangan kehidupan yang mereka ceburi samada dalam bidang pertanian, perniagaan dan penternakan.

Banyak contoh yang boleh kita baca dari tulisan-tulisan tangan para ulama dan pengkaji sejarah Islam seperti kejayaan saudara Abd Al-Rahman bin Aus r.a. yang akhirnya bergelar jutawan adalah kerana kegigihan berusaha mengikut petunjuk al-Quran iaitu berusaha dengan tekun, rajin, jujur dan ikhlas. Sabda Rasulullah S.A.W. :

إِنَّ اللهَ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu amalan (pekerjaan) ia lakukan dengan tekun (sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkanya ) "
( H. R. al-Baihaki )

Penurunan al-Quran sebenarnya telah memberi tambahan nilai dan membina kualiti hidup sebagai modal insan sebenar yang tidak pernah dirasai oleh umat manusia sebelum ini. Nilai-nilai akhlak al-Quran yang dipelopori oleh Baginda S.A.W. menjadikan kualiti manusia lebih bernilai dan berharga. Kehebatan yang dikurniakan ini telah membangkitkan semangat ingin berusaha untuk merealisasikan ajaran al-Quran. Semua ini dilakukan adalah kerana roh al-Quran berada di dalam jiwa mereka yang menjadikan hidup mereka sentiasa berkembang dan pemikiran mereka merentasi zaman.

Mereka telah mencuba dan mengkaji pelbagai ilmu alam dan kehidupan seperti mencipta ilmu hisab atau matematik yang berjaya menghasilkan satu ilmu yang dinamakan dengan al-Jibra, ilmu falak, ilmu perubatan (at-Tib), ilmu Psikologi. Mereka mengkaji tumbuhan, alam binatang, bahasa pertuturan dan lain-lain lagi. Nama-nama seperti Ibnu Rusyd, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al-Khawarizmi, al-Khindi dan lain-lain adalah merupakan antara nama-nama besar dalam sejarah kecemerlangan umat Islam suatu ketika dahulu.

Hari ini kita sebagai umat Islam yang mendukung Wawasan al-Quran, bukan hanya setakat merayakan " Nuzulul Quran " seharusnya menyedari bahawa penurunan al-Quran sebenarnya telah membawa dimensi baru dalam melahirkan umat yang cemerlang seperti pada masa lalu. Kecemerlangan itu telah terbukti dan dibuktikan di dalam masyarakat bahawa ajaran dan petunjuknya telah dapat dilaksanakan dalam masyarakat hari ini.

Daripada peristiwa dan contoh-contoh kecemerlangan umat dahulu kita dapat mengambil pengajaran yang boleh digunakan untuk dilaksanakan dalam kehidupan, antaranya :

1. Peristiwa " nuzulul Quran " telah berlaku dalam bulan Ramadhan dan menjadi satu aset yang besar kepada umat Islam.

2. Penurunannya telah menunjuk jalan, ciri dan cara bagaimana kecemerlangan dalam hidup boleh dicapai.

3. Al-Quran memandu arah kehidupan umat Islam supaya menjadi umat yang hebat dan berjaya.

4. Islam suka umat yang kuat, gagah, hebat, smart dan bekerjaya, dan tidak suka orang yang lemah dan suka meminta-minta dari orang lain.

5. Umat Islam mesti ada identiti yang tersendiri dalam plan kecemerlangan dan sentiasa dicontohi.

6. Al-Quran membawa rahmat ke seluruh alam dan membawa misi perubahan ke arah kemajuan intelektual, ekonomi, sosial dan budaya.

Kesimpulannya, kita amat digalakkan berusaha dan mencapai kejayaan serta menikmati pembangunan yang bertamadun di dunia asalkan ianya boleh menambah rasa takwa kepada Allah s.w.t. lebih-lebih lagi pada saat kita sedang menunaikan ibadah puasa Ramadhan yang mulia ini.

Bacaan Al-Quran oleh Syeikh Abd Al-Basit - Surah Add-Dhuha

Monday, September 08, 2008

INDAHNYA RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan keberkatan, bulan kerahmatan, bulan keampunan serta bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, marilah kita meneliti beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Sabda Rasulullah SAW lagi yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa, maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya, apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk daripadanya.' (HR Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)70 tahun.' (HR Bukhari)

Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.' (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Umar RA. bahawa Nabi SAW bersabda: 'Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al-Quran pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan keampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba-Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya apabila sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Dari Jabir RA bahawa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab; doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan doa orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.' ( Riwayat Al Baihaqi)

Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. 'Aku ini puasa'. ( Sahih Bukhari)

Semoga paparan ini dapat membuka minda kita bagi merebut peluang keemasan yang ada dalam bulan Ramadhan kali ini. Selamat Menjalani Ibadat Puasa!

Post by Haslinda Lukman (MAJALAH CAHAYA, OGOS 2006)

Thursday, September 04, 2008

PEMBAZIRAN DALAM BULAN RAMADHAN

Masih terdapat dalam kalangan kita yang menyambut ketibaan Ramadhan dengan cara-cara yang bercanggah dengan falsafah ibadat puasa itu sendiri. Mereka seolah-olah menjadikan waktu berbuka puasa sebagai 'pesta makan'. Mereka sanggup berbelanja lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain semata-mata untuk memuaskan nafsu yang sememangnya tidak mengenal erti puas atau cukup.

Seperti biasa, setiap hari kita akan menyediakan hidangan untuk berbuka puasa, tetapi janganlah sampai berlebihan dan menimbulkan pembaziran pula. Namun begitu, terdapat ramai dalam kalangan umat Islam yang melakukan pembaziran ketika membuat persiapan berbuka. Beraneka sajian dan juadah memenuhi meja hidangan; daripada kuih muihnya, minumannya dan lauk pauknya demi untuk mengqada' lapar dan dahaganya bermula dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.

Mereka seolah-olah ingin makan sepuas-puasnya ketika berbuka nanti; untuk membalas dendam setelah menahan lapar dan dahaga di siang hari. Sebab itulah mereka sanggup berbelanja besar untuk menyajikan beraneka juadah berbuka puasa. Lebih mengaibkan lagi, makanan dan minuman yang disajikan itu akhirnya hanya dapat dijamah dan dicium baunya sahaja - bila tidak habis - ianya terpaksa dibuang. Bukankah ini merupakan suatu pembaziran yang amat dibenci oleh Allah?. "Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan dan orang yang membazir adalah saudara syaitan" - Maksud Al-Quran.

Menyediakan atau membeli makanan dan minuman yang beraneka rasa dan warna secara berlebihan untuk berbuka puasa sebenarnya merupakan suatu pembaziran. Bila tiba waktu berbuka, tidak semua juadah yang terhidang dapat dimakan atau dihabiskan. Selera untuk menjamah sajian tersebut pula akan 'mati' setelah perut kosong dipenuhi air minuman.

Malah setelah makan hanya beberapa suap; apa yang dilihat begitu menyelerekan sebelum berbuka puasa tiba-tiba menjadi sesuatu yang memuakkan lalu berlakulah pembaziran. Kuih muih, lauk pauk dan beraneka minuman tidak disentuh dan terus menjadi hiasan meja hinggalah ke tengah malam. Akhirnya disebabkan tiada siapa yang mahu memakannya; pada keesokan harinya juadah tersebut akan menjadi habuan kucing atau ayam atau dihumbankan sahaja ke dalam tong sampah.

Sebenarnya ibadat puasa mengajar kita supaya berjimat cermat. Siang hari kita tidak makan dan berbelanja; jadi apabila berbuka mengapa harus berbelanja besar?.Kadang-kadang perbelanjaan bulan puasa lebih besar daripada bulan-bulan lain.

Masalah pembaziran ini mungkin tidak disedari. Pembaziran yang dilakukan itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan mengawal hawa nafsu dan selera. Ibadat puasa sebenarnya dapat menghalang kita dari melakukan sebarang bentuk kemungkaran. Pembaziran merupakan salah satu bentuk kemungkaran yang ditegah dalam Islam. Oleh itu, janganlah melakukan sesuatu yang ditegah ketika berpuasa. Kita tidak perlu menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa kerana pahala puasa bukannya dinilai dari juadah yang disajikan ketika berbuka puasa, tetapi berdasarkan amalan baik yang dilakukan sepanjang menjalani ibadat ini.

Renunglah nasib malang saudara-saudara kita yang terpaksa berlapar dan dahaga sepanjang tahun di negara-negara yang miskin atau yang dilanda peperangan.

Tuesday, September 02, 2008

PUASA MENJANA UMMAH BERKUALITI

Walaupun kita sering baca atau dengar tentang betapa ibadat puasa dapat menimbulkan sikap positif dalam diri seseorang yang melaksanakannya, namun setiap kali Ramadhan menjelma, kita dapat melihat sikap negatif sesetengah penganut Islam sendiri terhadap puasa.

Mereka menganggap bulan Ramadhan sebaga bulan tidur, bulan lesu, bulan panas baran dan bulan mengurangkan amal sama ada amal tenaga, amal fikiran mahupun amal kejiwaan. Sebab itulah tidak hairan jika kita melihat di mana-mana jua penganut Islam yang berpuasa menjadi terlalu manja dengan tidurnya sehingga mereka memanjangkan waktu tidur di siang hari. Terdapat juga mereka yang berpuasa tetapi menghabiskan masa dengan permainan yang melekakan dan melalaikan.

Bagi mereka tidur di siang hari dan permainan-permainan yang melekakan itu merupakan "pelarian" atau "pelepasan" daripada menanggung kepedihan dan keperitan menahan lapar dan dahaga sepanjang berpuasa.

Ada pula sesetengah penganut Islam yang menjadikan keletihan dan kelesuan berpuasa sebagai alasan mengapa mereka malas bekerja, belajar dan sebagainya.

Kesemua sikap negatif mereka terhadap ibadat puasa sebenarnya merupakan tanggapan keterlaluan dan silap sama sekali. Ibadat puasa tidak sekali-kali menjadikan seseorang itu pasif, beku, kaku, lesu dan buntu akan fikirannya; sebaliknya mampu menjana jiwa dan akal seseorang yang melaksanakannya supaya menjadi ummah yang berkualiti, bukannya ummah yang mundur dan terkebelakang.

Sesungguhnya ibadat puasa yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya selama sebulan ini mengandungi berbagai falsafah, rahsia dan hikmatnya yang tersendiri. Cuma kita sahaja yang tidak mengetahui dan menyedarinya.

Monday, September 01, 2008

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Sebagaimana kelebihan hari JUMAAT berbanding dengan hari-hari lain, bulan RAMADHAN juga mempunyai kelebihan dan keistimewaannya di sisi Allah SWT jika dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Di antara keutamaan dan kelebihan bulan RAMADHAN ialah:
1. Bulan diturunkan al-Qur'an
2. Bulan yang terdapat dalamnya "Lailatul Qadr"
3. Penghulu segala bulan
4. Bulan ibadah dan dilipatgandakan pahala
5. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta iblis dan syaitan dibelenggu.

Sunday, August 31, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI

Ramadhan tiba lagi. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Bagi orang yang beriman, sesungguhnya kedatangan Ramadhan memang dinanti-nantikan kerana kemuliaan dan kelebihannya.Tidak kurang juga yang mulai merasa resah gelisah dan mengeluh dengan kedatangannya sambil tertanya-tanya dalam kebingungan mengapa Ramadhan datang terlalu cepat.

Walau apapun perasaan dan sikap mereka terhadap Ramadhan ini, namun ia tetap menjenguk dan menyapa kita. Terpulanglah kepada kita untuk merebut keberkatan dan kelebihan yang ada padanya. Tepuk dada tanya iman.

Apa yang pasti ialah Ramadhan menjanjikan sesuatu yang sungguh agong dan bermakna khususnya kepada orang yang beriman dan sentiasa sabar melayaninya. Peluang yang datang bukan selalu ini janganlah ianya dipersia-siakan begitu sahaja.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat. Sama-samalah kita mengisinya dengan melipatgandakan amalan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA ...

Sunday, August 24, 2008

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 1429H/2008M

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA
BAGI SELURUH NEGERI MELAKA
TAHUN 1429H/2008M

RAMADHAN

HARI

TARIKH

MASIHI

WAKTU

IMSAK

WAKTU

BERBUKA

01

ISNIN

01/09/2008

5.39 PG

7.17 MLM

02

SELASA

02/09/2008

5.39 PG

7.17 MLM

03

RABU

03/09/2008

5.39 PG

7.16 MLM

04

KHAMIS

04/09/2008

5.39 PG

7.16 MLM

05

JUMAAT

05/09/2008

5.38 PG

7.16 MLM

06

SABTU

06/09/2008

5.38 PG

7.15 MLM

07

AHAD

07/09/2008

5.38 PG

7.15 MLM

08

ISNIN

08/09/2008

5.38 PG

7.14 MLM

09

SELASA

09/09/2008

5.38 PG

7.14 MLM

10

RABU

10/09/2008

5.37 PG

7.14 MLM

11

KHAMIS

11/09/2008

5.37 PG

7.13 MLM

12

JUMAAT

12/09/2008

5.37 PG

7.13 MLM

13

SABTU

13/09/2008

5.37 PG

7.12 MLM

14

AHAD

14/09/2008

5.36 PG

7.12 MLM

15

ISNIN

15/09/2008

5.36 PG

7.12 MLM

16

SELASA

16/09/2008

5.36 PG

7.11 MLM

17

RABU

17/09/2008

5.36 PG

7.11 MLM

18

KHAMIS

18/09/2008

5.35 PG

7.10 MLM

19

JUMAAT

19/09/2008

5.35 PG

7.10 MLM

20

SABTU

20/09/2008

5.35 PG

7.09 MLM

21

AHAD

21/09/2008

5.34 PG

7.09 MLM

22

ISNIN

22/09/2008

5.34 PG

7.09 MLM

23

SELASA

23/09/2008

5.34 PG

7.08 MLM

24

RABU

24/09/2008

5.34 PG

7.08 MLM

25

KHAMIS

25/09/2008

5.33 PG

7.07 MLM

26

JUMAAT

26/09/2008

5.33 PG

7.07 MLM

27

SABTU

27/09/2008

5.33 PG

7.07 MLM

28

AHAD

28/09/2008

5.32 PG

7.06 MLM

29

ISNIN

29/09/2008

5.32 PG

7.06 MLM

30

SELASA

30/09/2008

5.32 PG

7.05 MLM

SUMBER: JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

* Jadual ini boleh dimuat turun di http://www.ustazmelaka.net secara PERCUMA


MARHABAN YA RAMADHAN

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

SELAMAT DATANG BULAN YANG DIRINDUI

Kebanyakan orang merasa senang apabila berakhirnya bulan Ramadhan kerana bagi mereka berakhirnya Ramadhan bermakna kewajiban berpuasa dengan segala syarat dan rukunnya telah selesai.

Namun bagi orang soleh, semakin hampir berakhirnya Ramadhan, hati mereka menjadi semakin sedih kerana bagi mereka Ramadhan adalah bulan yang mempunyai hikmah dan kemuliaan yang melimpah ruah.

Hakikatnya bulan Ramadhan membuka ruang dan peluang bagi setiap Muslim untuk beramal soleh dengan sebanyak-banyaknya. Pahala amalan pada bulan ini dilipatgandakan oleh Allah swt. Apa yang jelas bulan Ramadhan dipenuhi dengan barakah (keberkatan) dan maghfirah (keampunan). Maka tidak hairanlah mengapa bulan suci Ramadhan sentiasa dirindui oleh orang yang bertakwa.

Rasulullah saw sendiri menyambut bulan suci ini dengan cara yang khusus. Baginda saw sering mengingatkan kaum Muslimin supaya tidak mensia-siakan bulan yang penuh rahmat ini.

Berikut adalah nasihat Rasulullah saw kepada umatnya dalam menyambut bulan suci Ramadhan:

1. Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Allah dengan membawa barkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan-Nya. Pada bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dikabulkan.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam (puasa) dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah pada bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu kelaparan dan kehausan pada hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara' (fakir) dan masakin (miskin). Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persaudaraanmu, jagalah lidahmu, peliharalah pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihanilah anak-anak yatim nescaya anak-anak yatimmu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya,dan mengkabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

2. Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana bebanmu (dosamu), maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb Al-'Alamin.

3. Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka nilainya di sisi Allah menyamai dengan membebaskan seorang budak (hamba) dan ia diberi keampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

Para sahabat bertanya:" Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian?." Rasulullah meneruskan: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

4. Wahai manusia! Barangsiapa yang mengelokkan akhlaknya pada bulan ini nescaya ia akan berjaya melalui titian shirat pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Barangsiapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantunya) pada bulan ini nescaya Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya pada hari Kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya pada bulan ini nescaya Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini nescaya Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahmi) pada bulan ini nescaya Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan pada bulan ini nescaya Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan solat sunat pada bulan ini nescaya Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyakkan selawat kepadaku pada bulan ini nescaya Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

5. Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syasitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu. Amirul Mukminin Karramallhu Wajhahu berkata: Aku berdiri dan berkata, "Ya Rasulullah! Apakah amal yang paling utama pada bulan ini?. Jawab Rasulullah, "Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama pada bulan ini ialah menjaga diri dari apa yang telah diharamkan oleh Allah swt".

blogger templates | Make Money Online